AS Bukan Saja Main Api

2020-05-12 15:39:59  CRI
Share with:

Tidak cukup dengan sandiwara lalu, Amerika Syarikat (AS) mendakwa pula ada penggodam China yang sedang cuba mencuri hasil penyelidikan vaksin dan rawatan COVID-19.

Menurut laporan The New York Times, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keselamatan Tanah Air (DHS) sudah bersiap sedia untuk mengeluarkan amaran awam berkaitan tuduhan itu.    

Ternyata ini satu lagi tindakan Washington untuk mengambinghitamkan China, yang sebaliknya mendedahkan kebimbangan mereka sendiri akan didahului China dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin.

Baru-baru ini, Kesatuan Eropah (EU) menganjurkan persidangan amal antarabangsa bagi mengutip sumbangan untuk membiayai pembangunan dan pengagihan vaksin COVID-19. Para peserta rata-rata memberikan respons positif, hinggakan jumlah dana terkumpul mencecah EUR7.4 bilion. 

Walau bagaimanapun, negara maju terbesar di dunia itu tidak hadir, bahkan tidak menyumbang satu sen pun. Mereka ini yang sanggup memperalat isu vaksin sebagai modal politik, bukan sahaja bermain dengan api tetapi dengan nyawa manusia.

Jika difikirkan, tiada sebab untuk China mencuri daripada AS. Negara ini yang pertama melaporkan penularan COVID-19, dan boleh dikatakan paling berpengalaman dalam melawan pandemik itu.

China juga sentiasa terbuka kepada kerjasama membabitkan ubat-ubatan dan vaksin, malahan sudah menyumbang sebanyak USD50 juta kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tujuan tersebut.
 
Vaksin merupakan senjata paling kuat bagi manusia mengalahkan virus. Ketika ini, penyelidik di serata dunia sedang bertungkus lumus mencipta vaksin dan program rawatan efektif. Melihatkan komitmen mereka, politikus AS diharap sedar dan tidak lagi bermain dengan nyawa rakyat.
 

徐国玮