Laksana Moratorium, Tindakan Sah

2020-05-12 15:32:07  CRI
Share with:

Pelaksanaan moratorium perikanan di perairan berkenaan di Laut China Selatan merupakan tindakan sah oleh pihak China.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian menegaskan demikian semasa taklimat media di Beijing semalam.

Pada 8 Mei, Vietnam membantah China melaksanakan moratorium berkenaan secara sepihak dan menuntut China menghentikan tindakan yang merumitkan situasi di Laut China Selatan. 

Persatuan Perikanan Vietnam pula mendakwa langkah China tersebut mencabul "kedaulatan" Vietnam terhadap Kepulauan Xisha dan perairan sekitar. 

Sehubungan itu, Zhao berkata Kepulauan Xisha merupakan wilayah China, dan tiada pertikaian mengenai hal ini.

Undang-undang antarabangsa serta peruntukan domestik memberi China kedaulatan dan hak pentadbiran di kawasan perairan berkenaan di Laut China Selatan.

徐国玮