Lagi Kenyataan Dangkal Politikus AS

2020-05-14 13:48:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_meiguo

Di Amerika Syarikat (AS), warga emas antara golongan yang direkodkan mengalami ancaman serius tatkala wabak COVID-19 menular sehingga menyaksikan sebanyak 15,600 buah rumah warga emas terjejas teruk.

Lebih mengejutkan, terdapat beberapa politikus AS yang membuat kenyataan dianggap dangkal apabila meminta warga emas untuk berkorban diri demi ekonomi yang turut dibidas keras oleh media dan masyarakat tempatan. 

图片默认标题_fororder_meiguo2

Leftenan Gabenor Texas, Dan Patrick dalam temu bual bersama Fox News sebelum ini berkata, ekonomi AS tidak boleh dibiarkan hancur ekoran wabak dan ramai warga emas bersedia mengorbankan diri untuk menyelamatkan negara.

Beliau juga meluahkan bahawa dirinya tidak merasa panik terhadap wabak kerana ada perkara yang lebih teruk berbanding kehilangan nyawa.

周乔西