Ekologi, Pembangunan Hijau Tumpuan Xi

2020-05-14 13:50:20  CRI
Share with:

Perlindungan ekologi dan pembangunan mesra alam menjadi fokus Presiden Xi Jinping semasa melakukan tinjauan di provinsi Zhejiang, Shaanxi dan Shanxi dalam masa 45 hari lalu.

Pada 30 Mac, Xi menjejak kaki ke Yucun, sebuah kampung kecil di kaunti Anji, provinsi Zhejiang. Di situlah beliau mengemukakan konsep “gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak” ketika bertugas di provinsi itu 15 tahun yang lalu.  

Semasa mengunjungi Taman Paya Xixi di bandar Hangzhou, beliau menekankan bahawa ekologi tidak boleh menjadi korban dalam usaha memajukan sektor pelancongan, dan pembangunan komersial yang keterlaluan perlu dielakkan bagi memastikan alam semula jadi boleh dinikmati rakyat.

Pembinaan vila secara haram antara isu yang menjejaskan alam sekitar di Banjaran Qinling sebelum ini dan Presiden Xi pernah membuat tuntutan sebanyak enam kali supaya masalah itu diselesaikan hingga ke akar umbi.

Ketika meninjau zon perlindungan alam semula jadi di Banjaran Qinling pada 20 April, beliau sekali lagi mengingatkan iktibar dalam hal tersebut.

Dalam agendanya di provinsi Shanxi pada 12 Mei, Xi meluahkan rasa lega apabila melihat hasil memberangsangkan dalam perlindungan ekologi di Sungai Fen yang dahulunya pernah mengalami pencemaran teruk.

周乔西