Dahulukan Sains, Bukan Politik

2020-05-15 14:07:08  CRI
Share with:

Sikap mendahulukan politik daripada sains dianggap salah satu punca utama Amerika Syarikat (AS) kecundang dalam perjuangan membendung COVID-19.

Pengarah Institut Asia Timur, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Profesor Zheng Yongnian telah membuat perbandingan antara langkah respons yang diambil negara-negara di Timur dan Barat dalam menghadapi penularan pandemik itu.

Dalam rencana terbaharunya, Profesor Zheng menyatakan bahawa hingga kini, pendekatan yang diambil AS sentiasa berkisar pada kuasa pentadbiran. Gara-gara mengikut nasihat agensi risikan dan bukannya pakar kesihatan, wabak berkenaan memuncak dalam negeri hingga di luar kawalan.

Di sebalik ini, adanya politukus yang bimbang bahawa ekonomi negara dan prospek pilihan raya akan terjejas sekiranya langkah kawalan pergerakan dilaksanakan secara besar-besaran. Demi kepentingan diri, mereka mengetepikan panduan daripada Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berhubung pembukaan semula tempat-tempat awam.

Pada pandangan Prof Zheng, adalah sukar untuk menemukan cara paling efektif untuk menyelamatkan nyawa jika yang didahulukan itu politik dan bukannya sains. 

Rakyat AS yang berbangga dengan "kebebasan dan demokrasi" sebenarnya meletakkan nyawa di tangan politikus yang angkuh dan hanya mementingkan diri.

胡星