AS Digesa Henti Menghina

2020-05-15 14:35:19  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa menghentikan tindakan memburuk-burukkan imej China, tidak lagi membahaskan rang undang-undang anti-China, dan membendung kegiatan yang menyalahgunakan tuduhan ke atas China.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian semalam berkata, China tegas membantah tuduhan melampau-lampau yang dibuat AS dan sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan balas terhadap pembuat undang-undang yang berkenaan di negara itu.

Katanya, sesetengah pihak di AS gagal melawan wabak dan telah mengecewakan rakyat, namun tetap tidak mahu membaiki diri, sebaliknya mencela pihak lain.

Pada beberapa hari lalu, media AS mendedahkan memo Parti Republikan yang mencadangkan supaya mereka terus menyelar China sebagai cara untuk menangani situasi domestik.

Sehubungan itu, China menggesa AS supaya membetulkan amalannya yang salah, dan lebih mengutamakan keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat.

徐国玮