Vaksin Harus Dinikmati Rakyat Sedunia

2020-05-17 15:24:22  CRI
Share with:

Menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-73, lebih 140 ahli politik dan pakar termasuk Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, dan mantan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, mengeluarkan surat terbuka bersama, menyeru supaya vaksin COVID-19 harus digunakan oleh rakyat seluruh dunia secara percuma selepas dibangunankan. Negara-negara yang kurang maju tidak boleh ketinggalan. 

Difahamkan, pengurus syarikat perubatan terkenal dari Perancis, Sanofi menyatakan baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) boleh mendapat dan menggunakan vaksin COVID-19 terlebih dahulu kerana negara itu menyediakan dana terbanyak kepada syarikat itu bagi menyelidik dan membangunkan vaksin. Kenyataan itu dengan serta merta mengundang bantahan media antarabangsa. Baru-baru ini, Kesatuan Eropah (EU) menganjurkan persidangan amal antarabangsa bagi mengutip sumbangan untuk membiayai penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, serta pengagihan vaksin COVID-19. Para peserta rata-rata memberikan respons positif, hinggakan jumlah dana terkumpul mencecah EUR7.4 bilion. Walau bagaimanapun, AS, negara maju terbesar di dunia itu tidak hadir, bahkan tidak menyumbang satu sen pun. Sebaliknya, pegawai AS mendedahkan, negara itu sedang memperuntukkan puluhan bilion USD untuk menyelidik vaksin itu secara bersendirian. 

Demi menewaskan wabak COVID-19 secepat mungkin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama rakan kerja antarabangsa memperkenalkan inisiatif untuk melancarkan kerjasama antarabangsa untuk mempercepat penyelidikan, pengeluaran dan pengagihan vaksin dan sumber perubatan mengenai wabak itu secara adil pada penghujung April lepas. 

Berita tentang kerjasama China dengan Kanada untuk bersama-sama menyelidik dan membangunan vaksin pula menambah keyakinan rakyat sedunia. Kerjasama melawan wabak, bersama membina komuniti berkongsi nasib sesama insan telah menjadi konsensus antarabangsa. Politikus AS dinasihati jangan terus memekakkan telinga.

胡星