Rencana CMG Dipetik Media Pelbagai Negara

2020-05-17 15:21:37  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_c1 拷贝

Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini mengeluarkan siri rencana, mengkritik tindakan sebahagian politikus Amerika Syarikat (AS) yang mengambinghitamkan China, menolak untuk memikul tanggungjawab atas ketidakcekapan melawan wabak serta mengalihkan perhatian rakyatnya agar memperoleh undi dengan cara menipu. Rencana-rencana tersebut menegaskan, poitikus AS perlu bertanggungjawab atas penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia,  dan masyarakat antarabangsa perlu mengadakan siasatan terhadap kelalaian AS dalam melawan pandemik.

图片默认标题_fororder_c2 拷贝

Rencana-rencana CMG tersebut menarik perhatian tinggi dan turut dipetik oleh lebih 100 media luar negara termasuk CNN, BBC, TV 24 Perancis, TV Al-Jazeera, The Times dan lain-lain.
CNN dalam laporannya pada 1 hingga 3 Mei lalu sebanyak sembilan kali melaporkan rencana CMG yang membantah kritikan Mike Pompeo terhadap China. Sebuah rencananya menyebut bahawa Pompeo yang mengedarkan "virus politik" menjadikan diri sendiri sebagai musuh seluruh umat manusia.
 The Wall Street Journal menyiarkan, Pempoe memfitnahkan virus COVID-19 berasal dari makmal di China. Ini mengundang kemarahan media China.

图片默认标题_fororder_c3 拷贝
 

徐国玮