Pembohongan, Punca Tragedi

2020-05-18 14:21:49  CRI
Share with:

Makin mengelirukan apabila Washington membuat lagi kenyataan yang bercanggah dengan kata-kata sendiri.

Rumah Putih dalam taklimat Jumaat lepas mendakwa mereka telah mengarahkan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan vaksin COVID-19 dimulakan pada 11 Januari, ketika kebanyakan orang masih belum menyedari situasi sebenar.

Bukankah sebelum ini pemimpin AS bertegas dia tidak tahu-menahu tentang kewujudan wabak tersebut hinggalah hujung Januari?

Kini, semakin ramai netizen mencemuh kerajaan AS kerana tidak bertindak melindungi nyawa rakyat sehingga pertengahan Mac.

Ketua Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) AS, Robert Redfield dalam testimoni di hadapan kongres baru-baru ini menyatakan pihaknya pernah menghubungi CDC China seawal 2 Januari.

Lidah pengarang dalam jurnal perubatan The Lancet mengesali tindakan Washington meminggirkan CDC, selain merahsiakan maklumat, menyekat sains dan mengelak daripada tanggungjawab sendiri.

Jika dikupas respons politikus AS sejak tercetusnya wabak COVID-19, ternyatalah mereka yang punca tragedi di negara itu pada masa ini.

 

周乔西