Yang Menghasut Ditelan Jua

2020-05-19 14:15:14  CRI
Share with:
Antagonisme antara kaum kini makin menjadi-jadi di AS, gara-gara perbuatan Washington menghasut kebencian sebagai taktik untuk menyembunyikan kelalaiannya dalam membendung wabak.

Menurut laporan laman sesawang Time, sebanyak 15 kes jenayah kebencian berkaitan COVID-19 disiasat oleh polis Kota New York, kesemuanya melibatkan warga keturunan Asia.

"Dwistandard" yang diamalkan penguat kuasa undang-undang terhadap kelompok-kelompok etnik berbeza juga semakin ketara pada ketika ini.

Pejabat pendakwa raya daerah Brooklyn mendapati antara 40 orang yang ditahan pada 14 Mac hingga 4 Mei kerana mengingkari peraturan penjarakan sosial, 35 merupakan keturunan Afrika dan 4 keturunan Amerika Latin, sedangkan hanya seorang sahaja orang kulit putih.

Jika dilihat dari konteks sumber perubatan, kaum minoriti seperti dianaktirikan. Senator Elizabeth Warren dari Parti Demokratik mengakui bahawa ramai orang kulit berwarna di AS tidak berpeluang menikmati perkhidmatan perubatan yang berkualiti akibat dasar perkauman yang "diinstitusikan" selama ini.

Politikus yang hanya mengutamakan kepentingan sendiri, kini membawa negara itu menempuh jalan yang disurami "kegelapan dan kebencian". Namun, mereka yang menghasut kebencian nescaya akan ditelan jua oleh kebencian.

 

张哲