China menentang sebarang rang undang-undang oleh politikus AS yang memburuk-burukkan usaha negara ini menangani wabak COVID-19.
Jurucakap bagi sidang ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13, Zhang Yesui menyifatkan usul berkenaan tidak berasas sama sekali, bahkan mencabul undang-undang antarabangsa.
Jelas beliau, China berjaya mengawal penularan wabak dan melindungi kesihatan rakyat melalui usaha gigih serta pengorbanan yang cukup besar.
China juga memberi maklumat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara berkaitan dengan sikap yang terbuka, telus dan bertanggungjawab.
Kesungguhan China untuk melakukan yang terbaik dalam sinergi sejagat melawan wabak mendapat sanjungan masyarakat antarabangsa.