"Kampung Cenuram" Dakap Hidup Indah

2020-05-23 15:25:58  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_ls1

图片默认标题_fororder_ls2

 
Sebuah komuniti terpencil melibatkan 84 buah keluarga miskin yang menetap di puncak gunung setinggi 800 meter di barat daya China akhirnya bernafas lega apabila dipindahkan ke kediaman baharu dan ditawarkan peluang pekerjaan.

Komuniti berpenduduk etnik Yi yang dikenali Kampung Atulie'er atau “Kampung Cenuram” di Liangshan, wilayah Sichuan, merupakan yang mendapat manfaat daripada program membasmi kemiskinan yang dipergiatkan dalam negeri dewasa ini.

Selain menyediakan tempat tinggal baharu, program tersebut juga menjanjikan peluang pekerjaan kepada yang miskin, termasuk membantu mereka mencari rezeki di taman industri pertanian, menjadikan sektor inap desa sebagai sumber pendapatan dan lain-lain.

 

图片默认标题_fororder_ls3


Seperti yang dinyatakan anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari Liangshan, Da Jiu Mu Jia, kehidupan menyenangkan yang dinikmati komuniti tersebut dewasa ini merupakan hasil perjuangan menewaskan kemiskinan.
 

董筱娉