China Mampu Capai Matlamat Pembangunan

2020-05-23 13:13:37  CRI
Share with:
Matlamat pertumbuhan ekonomi China tidak ditetapkan dalam laporan kerja kerajaan yang dibentangkan pada sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing semalam.

Hal ini dianggap selaras dengan hukum ekonomi memandangkan wabak COVID-19 masih menular di dunia dan membawa impak besar kepada ekonomi global, juga kondusif bagi merealisasikan matlamat pembangunan sepanjang tahun.

Antara yang dititikberatkan dalam laporan kerja itu termasuk usaha menjamin kesejahteraan rakyat, serta langkah-langkah bagi memenangi perjuangan membasmi kemiskinan dan mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh.

 
Sarjana bidang hubungan antarabangsa dari Pakistan, Abdul Rehman Shah berpendapat bahawa walaupun perkembangan ekonomi China memang menjadi perlahan akibat wabak, namun ia pasti akan pulih secara pantas dengan adanya perancangan kerajaan yang bervisi.
 

 

张哲