Wang Yi: Pentingnya Sinergi China, AS

2020-05-24 17:11:49  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_wangyi

China dan Amerika Syarikat perlu membentuk sinergi untuk melawan pandemik COVID-19, ujar Menteri Luar China, Wang Yi dalam sesi taklimat di Beijing, petang tadi.

图片默认标题_fororder_wangyi2

Wang berkata, selain bersatu padu menangani COVID-19, kedua-dua kuasa besar ini patut bertindak menyelaraskan dasar makro untuk mengatasi impak negatif terhadap ekonomi sendiri dan dunia akibat penularan wabak tersebut.

Mengenai cubaan sesetengah kuasa politik di AS menggugat hubungan dua negara, Wang membalas, adalah sangat berbahaya menjerumuskan dua negara ke dalam  "perang dingin baharu" kerana ia bukan sahaja mencemari hasil kerjasama yang dicapai selama ini, bahkan juga menjejaskan pembangunan AS pada hari kelak serta keamanan dan kemakmuran dunia. 
 

董筱娉