Undang-undang Keselamatan, Hak Negara Berdaulat

2020-05-25 15:11:55  CRI
Share with:

Gabenor terakhir pemerintahan kolonial Britain di Hong Kong, Christopher Francis Patten baru-baru ini nyaring mengkritik bahawa undang-undang keselamatan negara yang bakal berkuat kuasa di wilayah itu membelakangi Kenyataan Bersama China-Britain serta penduduk tempatan. 


Padahal setiap negara, asalkan berdaulat, merdeka dan utuh, berhak menggubal undang-undang keselamatan untuk melindungi tanah sendiri termasuk wilayah yang diberi kuasa autonomi.

Di Britain, undang-undang keselamatan negara yang paling awal digubal ialah Akta Jenayah Khianat 1848, yang sebahagiannya masih berkuat kuasa hingga kini. 

Selepas berakhirnya Perang Dunia pertama pada 1919, Britain memperkenalkan Akta Sekatan Orang Asing yang menetapkan hukuman penjara maksimum 10 tahun terhadap warga asing yang dituduh menghasut huru-hara dan pemberontakan.

图片默认标题_fororder_1381567966

Yang terbaharu, Britain menggubal Akta Antikeganasan dan Keselamatan 2015, undang-undang yang sering diguna pakai pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Kenyataan Bersama China-Britain jelas menguntukkan bahawa selepas Hong Kong kembali ke pangkuan tanah air China, Undang-undang Asas menggantikannya sebagai asas pentadbiran autonomi wilayah tersebut. 

Baik Kenyataan Bersama China-Britain mahupun Undang-undang Asas Hong Kong, tiada yang memberi kuasa kepada pihak luar termasuk penjajah dalam sejarah untuk mencampuri hal ehwal Hong Kong. 

Dengan adanya sistem undang-undang yang lebih lengkap, hak dan kepentingan penduduk Hong Kong akan diberi jaminan lebih baik. Angelo Giuliano, warga Switzerland yang bermastautin di Hong Kong menyatakan sama seperti tempat-tempat lain di dunia, penguatkuasaan undang-undang keselamatan negara di Hong Kong perlu diutamakan kerana inilah perlindungan daripada campur tangan negara lain dan ancaman keganasan.

图片默认标题_fororder_121381769

曹捷