Pentingnya Perdagangan, Pelaburan Mapan

2020-05-26 12:14:51  CRI
Share with:
图片默认标题_fororder_83803438

Adalah amat penting bagi China menstabilkan asas perdagangan luar dan pelaburan asing, kata Menteri Perdagangan Zhong Shan.


Beliau berujar demikian semasa taklimat media “saluran menteri” sidang ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 di Beijing semalam.

Katanya, perdagangan luar dan pelaburan asing dua komponen mustahak bagi pembaharuan dan keterbukaan, juga dianggap satu hasil penting daripada pelaksanaannya.

Asalkan sektor-sektor utama perdagangan luar kekal mapan, keseluruhan perdagangan luar China pasti dapat terus berkembang.

 
Dalam aspek pelaburan asing pula, dua perkara perlu diberi perhatian.

Pertama, kemasukan modal dari luar harus diperluas, dan ini dapat dilakukan dengan melonggarkan akses pasaran dan memendekkan senarai negatif.

Kedua, jumlah modal asing sedia ada hendaklah distabilkan. Ini dapat dicapai melalui pelaksanaan undang-undang pelaburan asing, serta iklim perniagaan yang lebih saksama, adil dan telus.
曹捷