COVID-19 Ubah Pasaran Pelancongan

2020-05-27 11:17:55  CRI
Share with:


Pelancongan salah satu sektor ekonomi yang paling teruk terkesan akibat wabak COVID-19, juga yang pemulihannya paling lambat.

Thailand, destinasi peranginan yang popular di dunia, masih lagi bergelut pelbagai kesukaran.

Pada Isnin lalu, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan Thailand mengumumkan standard pengurusan keselamatan dan kesihatan, dengan tujuan menggalakkan pemulihan menyeluruh dan pembangunan mampan sektor pelancongan.

Timbalan pengarah komunikasi dan pemasaran Lembaga Pelancongan Thailand, Thanet Phetsuwan menjangka pasaran pelancongan akan mengalami perubahan besar pasca wabak, dan kemungkinan besar pelancong dari China yang paling awal kembali ke Thailand.

Baru-baru ini, kerajaan Thailand telah mengeluarkan China dari senarai tempat berisiko tinggi jangkitan COVID-19.

张宪