Lengkapkan Undang-undang, Langkah Munasabah

2020-05-28 11:36:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_d62a6059252dd42a76547978ef03e0b3c8eab847


Mantan ketua jabatan kehakiman Hong Kong, Elsie Leung Oi-sie telah menyifatkan isu keselamatan negara sebagai di bawah tanggungjawab kerajaan pusat.

Dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), beliau menyatakan bahawa Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) harus menggalakkan fungsi legislatif berkaitan keselamatan negara di Hong Kong, berdasarkan Perlembagaan dan Undang-undang Asas.

Beliau yakin penggubalan undang-undang keselamatan negara tidak akan melemahkan kedudukan autonomi Hong Kong.

Katanya, Fasal 12 Undang-undang Asas Hong Kong meletakkan wilayah pentadbiran khas ini di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat, yang bermakna kerajaan pusat berhak melaksanakan segala kuasa yang perlu.

Begitu juga apabila kerajaan tempatan berdepan masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri, kerajaan pusat mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menanganinya.

张宪