Rakyat Diutamakan

2020-05-28 12:55:24  CRI
Share with:

Jelaslah rakyat sentiasa diutamakan, apabila hal ehwal berkaitan rakyat menjadi fokus bicara Presiden Xi Jinping ketika bertukar-tukar pendapat dengan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).


Semasa perbincangan dengan wakil NPC dari wilayah Mongolia Dalam, Xi menyebut bahawa lebih 3,000 daripada pesakit COVID-19 di Hubei berusia 80 tahun ke atas. Seorang daripadanya berumur 87 tahun, berjaya diselamatkan selepas rawatan selama puluhan hari oleh lebih sepuluh kakitangan.

Sambil menyatakan rasa kagum, Xi sekali lagi menekankan peranan konsep pembangunan berorientasikan rakyat dalam proses membuat keputusan.

Sama seperti dalam perjuangan melawan wabak, rakyat juga harus diutamakan dalam pembangunan ekonomi. Berdepan impak wabak, menstabilkan asas ekonomi dan menjamin kehidupan asas rakyat merupakan tugas penting pada masa ini.

Pada sesi perbincangan panel tokoh ekonomi CPPCC, Xi telah menganalisis situasi yang dihadapi ekonomi China dan kelebihan yang sedia ada, di samping menekankan usaha untuk memupuk peluang baharu.

China diharap mempercepat pembentukan sistem permintaan domestik yang lengkap, sambil mendorong pembinaan sebuah ekonomi dunia yang bersifat terbuka.

Presiden Xi juga sekali lagi memberi penekanan kepada usaha membasmi kemiskinan, dengan mengatakan setiap rakyat jelata khususnya petani mesti diberi tangan membantu. 
曹捷