Pompoe Menyeret AS ke 'Lubang Hitam'

2020-05-30 13:48:27  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1591452561

Mike Pompeo dicela lagi sebagai setiausaha negara yang paling buruk prestasinya dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), tanpa sebarang pencapaian dari segi diplomatik, kali ini oleh akhbar The New York Times pula. Kritikan ini mencerminkan bahawa seiring dengan situasi wabak di AS makin teruk, masyarakat negara itu makin menyedari dosa Pompeo terhadap nyawa rakyat dan kepentingan negara.

The New York Times mengkritik Pempeo bukan sahaja tidak mencapai sebarang pencapaian dari segi diplomatik, bahkan mencipta khabar angin dengan sengaja untuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab dan menyalahgunakan kuasa negaranya. 

图片默认标题_fororder_pp1

Lakuan Pompeo tersebut telah menimbulkan perhatian dari Ketua Inspektor Jabatan Negara, Steve Linick yang turut dipecat oleh Pompeo ketika siap memulakan siasatan terhadap skandal melibatkan Pompeo. Sehubungan itu, The New York Times menuduh Pompoe telah membelakangi tanggungjawab sebagai pegawai kanan Jabatan Negara, dan hanya tahu membuang banyak masa untuk mengampu pemimpin.


Selepas wabak COVID-19 tercetus, Pompeo giat mendorong pembekuan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), meningkatkan sekatan terhadap Iran dan Kuba hingga mengakibatkan kesengsaraan kemanusiaan baharu, selain itu merampas bekalan perubatan yang disediakan untuk negara lain serta menghiru-birukan rasis yang menyebabkan orang keturunan Asia menghadapi pelanggaran dan ancaman serius. Adakah ini prestasi yang disebutnya dalam memimpin masyarakat antarabangsa membendung wabak?

Memang seperti yang dikatakan bekas Duta Besar AS ke China, Max Baucus, tindakan sesetengah orang termasuk Pompeo adalah untuk mengalih tumpuan orang awam semasa pelaksanaan tindakan AS yang kurang pantas dalam melawan wabak dan ekonomi negaranya menjunam.  
      
曹捷