WHO Tetap Hidup Walau Tiada AS

2020-06-01 14:51:59  CRI
Share with:

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi Amerika Syarikat (AS) untuk mengundurkan diri setiap kali tidak sehaluan dengan masyarakat antarabangsa.

Pada masa sinergi sejagat melawan wabak makin dipandang penting, AS menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan alasan agensi itu "enggan melaksanakan pembaharuan yang dituntut AS".

Tidak cukup sekadar itu, Washington juga mendakwa akan menyalurkan dana kepada organisasi lain, bukannya kepada WHO seperti dahulu.

Perbuatan sepihak yang umpama membuli ini sudah pasti mengundang kecaman keras daripada masyarakat antarabangsa.

Pandemik COVID-19 masih lagi menular di dunia ketika ini, dan tiada negara yang boleh mengatasinya secara bersendirian. Dalam hal ini, tiada senjata yang lebih kuat daripada solidariti dan kerjasama.

Namun begitu, ada pula politikus AS yang hanya memandang pasaran saham dan sokongan pengundi, hinggakan gagal mengawal penularan wabak. Selepas keadaan dalam negeri berubah menjadi tragedi, WHO dikambinghitamkan. 

Sebagai pertubuhan antarabangsa yang paling berwibawa dalam bidang kesihatan awam, WHO memainkan peranan yang tidak boleh digantikan oleh mana-mana pihak lain bagi menyelaraskan usaha bersama pelbagai negara untuk melawan wabak. 

Biarpun tiada AS, WHO tetap akan terus hidup. Sebaliknya, sikap AS dewasa ini menjadikannya lebih diketepikan masyarakat antarabangsa, sesuatu yang akhirnya memudaratkan rakyatnya sendiri.

徐国玮