Mengipas Api, Sendiri Terbakar

2020-06-02 14:32:10  CRI
Share with:

Lebih 70 bandar di Amerika Syarikat (AS) kini menjadi medan pemprotes melampiaskan rasa marah, selepas seorang lelaki kulit hitam mati ketika ditahan polis di Minneapolis.

Daripada kemusnahan hinggalah penjarahan di tangan penunjuk perasaan, adegan serupa pernah dilihat di Hong Kong pada tahun lalu.

Namun politikus AS langsung terlupa mereka pernah memanggil perusuh di Hong Kong "pejuang demokrasi" dan memburuk-burukkan polis tempatan yang sabar dan profesional dalam penguatkuasaan undang-undang.

Apabila yang sama berlaku di tanah sendiri, protes dipanggil "rusuhan", penunjuk perasaan dilabel "perusuh", dan mereka yang membantah diskriminasi ras dikecam sebagai "samseng". Polis yang merempuh orang ramai dipuji pula sebagai "teladan", bahkan pihak berkuasa mengugut untuk menembak dan menggerakkan tentera untuk mengawal demonstrasi.

Dwistandard ini mendedahkan wajah sebenar politikus AS yang sanggup mengetepikan fakta dan keadilan semata-mata demi kepentingan sendiri.

Sebelum ini, media Hong Kong telah mendedahkan bahawa Endowmen Nasional untuk Demokrasi (NED) AS telah menyalurkan dana USD3.95 juta kepada puak pembangkang di Hong Kong pada 1995 hingga 2015.

Sarjana Britain yang terkenal, John Ross membandingkan keadaan di negeri Minnesota dengan Hong Kong. Katanya, jelaslah polis di Minnesota yang membunuh dan mencabul hak asasi manusia, bukannya polis di Hong Kong.

Dengan ini, bolehlah dilihat bahawa politikus AS sebenarnya tidak memikirkan kesejahteraan penduduk Hong Kong, sebaliknya hanya mahu cuba mengekang pembangunan China bagi memperoleh sokongan pengundi dan laba politik.

覃淼