Sikap AS Tidak Diterima Masyarakat Antarabangsa

2020-06-02 15:11:03  CRI
Share with:

Perbuatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkir perjanjian dan menarik diri daripada pertubuhan antarabangsa satu demi satu, tidak diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan demikian semalam susulan keputusan pihak AS menamatkan hubungannya dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa tidak bersetuju dengan sikap AS yang hanya mementingkan kepentingan sendiri, mengelakkan tanggungjawab dan menjejaskan kerjasama antarabangsa untuk melawan pandemik. 

Sebelum ini, AS menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) serta pelbagai perjanjian seperti Perjanjian Paris dan Perjanjian Komprehensif Isu Nuklear Iran. 

Tindakan terbaharu AS sekali lagi memperlihatkan unilateralisme dan politik kuasa yang dikejar negara itu.

Menteri Luar China, Wang Yi baru-baru ini menegaskan, WHO mempunyai 194 anggota berdaulat dan tidak hanya berkhidmat untuk mana-mana negara tertentu. Pada masa sinergi sejagat melawan wabak makin dipandang penting, sebarang tindakan yang memeras WHO sama dengan mengetepikan nyawa dan mencabar semangat kemanusiaan.

徐国玮