Gesa Henti Politikkan Virus

2020-06-02 14:22:40  CRI
Share with:

China menggesa mereka di Amerika Syarikat (AS) yang masih mahu mempolitikkan virus supaya lebih menumpukan perhatian dan tenaga kepada perjuangan membendung wabak di dalam negeri sendiri.

Mutakhir, Presiden Donald Trump sekali lagi mengkirtik China kerana tidak menangani wabak COVID-19 dengan berkesan, sehingga mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat seluruh dunia.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing semalam membidas kritikan tersebut sebagai bercanggah dengan fakta, malah langsung tidak menghormati sumbangan dan pengorbanan rakyat China ketika melawan wabak.

Sejak tercetusnya COVID-19, kerajaan China telah melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan yang paling ketat dan komprehensif, yang turut dipuji oleh masyarakat antarabangsa.

Majalah Science menyebut bahawa pendekatan China itu telah mengelakkan lebih 700 ribu orang daripada dijangkiti virus tersebut.

Zhao menegaskan, jika kerajaan AS menguatkuasakan perintah berkurung dua minggu lebih awal, 83% pesakit yang meninggal dunia dapat diselamatkan.

Pada masa yang masih kritikal ini, yang paling utama ialah menyelamatkan nyawa. Perbuatan mengambinghitamkan China tidak dapat menewaskan virus, apatah lagi menyelamatkan nyawa.

胡星