Pukul Wartawan, Manakah Kebebasan Bersuara?

2020-06-04 14:48:24  CRI
Share with:

Menurut laporan Agensi Berita Perancis (AFP) semalam, badan penyeliaan media telah merekodkan sejumlah besar kes polis menggunakan kekerasan ke atas wartawan dalam tempoh seminggu lalu. Wartawan dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia dan Rusia ditembak, dipukul atau ditahan. Sebagai satu-satunya kuasa gergasi yang bercakap gah tentang kebebasan bersuara, tindakan AS tersebut mengundang kemarahan sejagat.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Persatuan Penerangan Digital Radio dan Televisyen AS (RTDNA), Dan Shelley berkata, tindakan ganas ini bukan sahaja mencederakan wartawan, tetapi juga rakyat. Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata, seluruh masyarakat akan tertimpa kemudaratan apabila wartawan menjadi sasaran serangan. 

Pada hakikatnya, sejak kerajaan AS sekarang mula memerintah, tindakan menyekat media sering berlaku. Pemimpin negara itu menampelkan berita palsu ke atas semua media yang menyoal atau mengkritik dia. Perselisihan Presiden dengan Twitter baru-baru ini diakhiri dengan satu perintah yang menyekat media sosial.

Pada masa ini, jumlah kes jangkitan COVID-19 di AS telah mencecah 1.85 juta, manakala protes besar-besaran pula merebak ke lebih 140 bandar di negara itu. Politikus yang hanya menumpukan kepentingan diri masih hendak berbohong dan menyekat media. Tipu muslihat mereka nescaya akan gagal.

徐国玮