Tragedi Diskriminasi Ras AS, Kenapa Barat Membisu?

2020-06-06 15:47:41  CRI
Share with:

Protes yang tercetus susulan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd ketika ditahan polis pada minggu lepas merebak ke lebih 140 bandar Amerika Syarikat (AS).

Ketika masyarakat antarabangsa bersama-sama membantah diskriminasi ras di AS, sesetengah pemimpin negara Barat yang biasanya suka menyebut-nyebut “demokrasi” dan “hak asasi manusia” tiba-tiba membisu ketika ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau ketika ditanya pandangannya mengenai “ugutan pemimpin AS untuk menggunakan ketenteraan ke atas pemprotes dalam negeri”, pemimpin Kanada itu kelihatan malu dan kekok dan berdiam selama 22 saat, baru mula menyatakan "akan menaruh perhatian dalam urusan domestik".  

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberi komen mengenai isu diskriminasi ras di AS seminggu selepas insiden itu berlaku. Kenyataannya “rasisme dan keganasan ras tidak akan dibiarkan di Britain" dikritik oleh media sebagai tidak berani menjawab soalan secara langsung.

Sebenarnya, mengikut jejak AS telah menjadi amalam sesetengah negara Barat. Ingin bangkit bercakap benar pun tidak berani. Ditambah lagi, diskriminasi ras pula wujud di sesetengah negara Barat, malah ada politikus kulit putih merupakan penyokong “Kulit Putih Diutamakan”. Sikap pemimpin negara-negara Barat yang tidak jelas itu ternyata mencerminkan rasa bersalan dan tidak senang.

胡星