"Rakyat Diutamakan" Kunci Kejayaan

2020-06-08 12:17:36  CRI
Share with:

Konsep “rakyat diutamakan” menjadi inti pati kertas putih mengenai perjuangan China melawan pandemik COVID-19, yang dikeluarkan kerajaan semalam.
 
Kertas putih yang panjangnya 37,000 patah perkataan itu merekodkan langkah-langkah berkesan diambil China bagi mencegah dan mengawal wabak serta merawat pesakit.

Dokumen tersebut juga memperlihatkan sinergi dan iltizam seluruh rakyat bagi menewaskan wabak berkenaan.

Setelah wabak berlaku, Presiden Xi Jinping kerap kali menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan sepanjang perjuangan memerangi COVID-19. Apabila ditimpa ujian getir, rakyatlah perwira sebenar yang mendukung perjuangan segenap lapisan masyarakat.
董筱娉