China, Filipina Mahu Sinergi Lebih Rapat

2020-06-10 14:20:50  CRI
Share with:

Ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-Filipina yang jatuh pada 9 Jun, dilihat sebagai satu titik permulaan baharu untuk memperkukuh kesalingpercayaan politik dan kerjasama komprehensif.

Jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying berkata China akan bersama-sama Filipina melaksanakan sepenuhnya konsensus antara pemimpin, bagi menyumbang kepada kesejahteraan rakyat serta kestabilan dan kemakmuran serantau.

Pada Isnin lalu, Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr. dalam satu perutusan video menilai tinggi persahabatan negaranya dengan China yang bertambah subur di bawah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte, selepas sekian lama diikat.

Katanya, kedua-dua negara tetaplah rakan kongsi baharu yang berkongsi faedah dan keuntungan, walaupun wujud percanggahan pendapat antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Hua berkata kerjasama kedua-dua negara telah melakar hasil yang melimpah berkat penyelarasan strategi menerusi pembangunan bersama Jalur dan Laluan.

Semangat bersatu padu dan bergotong-royong dua rakan pada saat getir membendung pandemik COVID-19 menyingkap lembaran baharu persahabatan tradisional, juga memberi konotasi baharu kepada perkongsian strategik komprehensif.

 

周乔西