Mexico Pula Jadi Kambing Hitam

2020-06-14 14:10:50  CRI
Share with:
Apakah maksudnya Mexico perlu bertanggungjawab atas gelombang baharu COVID-19 di AS?
Pertanyaan itu dikemukakan akhbar El Financiero Mexico berikutan kedatangan pelancong Mexico dipersalahkan oleh pemimpin AS sebagai penyebab berlakunya penularan semula wabak COVID-19 akhir-akhir ini.

Demi menafikan kelalaian sendiri dalam proses mencegah wabak, kerajaan AS tidak pernah berhenti mempersalahkan pihak lain seperti China, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kesatuan Eropah (EU), dan kali ini negara Amerika Latin pula yang dijadikan kambing hitam baharu.

Menurut tokoh profesional, terdapat dua faktor utama yang menyebabkan peningkatan semula kes COVID-19 di AS, iaitu jutaan penduduk keluar melancong sempena Hari Peringatan pada hujung bulan Mei dan demonstrasi besar-besaran yang tercetus di seluruh AS.
Padahal, yang memburukkan situasi wabak adalah sikap sambil lewa politikus AS. Kajian oleh Universiti Columbia menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 36 ribu rakyat terkorban akibat respons lambat kerajaan AS.

Sudah tibalah masanya untuk politikus AS menginsafi bahawa taktik mengambinghitamkan dan memburuk-burukkan pihak lain tidak sedikitpun membantu bagi menyelamatkan nyawa rakyat.
张哲