Dokumentari Baru yang Sokong Perjuangan Antikeganasan di Xinjiang

2020-06-20 13:25:39  CRI
Share with:

Dokumentari 'Tianshan yang Tersergam Indah - Memori Perjuangan Antikeganasan di Xinjiang' yang disiarkan CGTN semalam merupakan program ketiga selepas dokumentari terbitan CGTN yang disiarkan pada penghujung tahun lalu.Sempena Akta Dasar Hak Asasi Uygur 2020 yang diluluskan Amerika Syarikat (AS), dokumentari ini mendedahkan banyak kejahatan yang dilakukan oleh pengganas di Xinjiang dengan fakta terperinci, menggambarkan perlunya dan hasil ketara perjuangan kerajaan China yang sah dalam usaha anti-keganasan dan penghapusan ekstremisme di Xinjiang, sekali gus membongkarkan semua pembohongan politikus AS mengenai Xinjiang. 

Menurut statistik yang tidak lengkap, bermula tahun 1990 hingga penghujung 2016, beberapa ribu kejadian kekerasan dan kes keganasan berlaku di Xinjiang, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan orang jelata serta kerugian harta masyarakat yang amat besar. Namun, masyarakat antarabangsa jarang mengetahui itu kerana sumber berita berkenaan dimanipulasi atau dikawal oleh politikus AS dan beberapa media. Para politikus AS mengambil dwistandad, bukan sahaja enggan mengambil ajaran daripada kejadian '11 September' dan tidak mengakui mereka yang melakukan keganasan di Xinjiang adalah pengganas, bahkan memberikan sokongan dan sumbangan kepada mereka. Tindakan AS yang meluluskan akta tersebut telah memfitnah keadaan hak asasi manusia di Xinjiang dan dasar tadbir urus kerajaan China di Xinjiang, merupakan buktian lagi sokongan AS terhadap kumpulan pengganas. 

Sepertimana ditunjukkan dalam dokumentari tersebut,dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu,pengganas di Xinjiang terbukti sangat kejam, contohnya membunuh orang yang tidak berdosa dengan menggunakan pedang dan senapang, menyerbu kumpulan penduduk awam dengan memandu kenderaan dan menggiling, dan melancarkan serangan dengan menggunakan bom petrol serta bom bunuh diri. Mereka bersubahat dengan pertubuhan pengganas lain termasuk Pergerakan Islam Turkistan Timur menyeludup senjata ke dalam wilayah China,berniat melancarkan serangan keganasan untuk mencetuskan pertentangan antara kaum, dan akhirnya memecah-belahkan negara. Kejahatan yang gila mereka telah menjejaskan kehidupan orang ramai dan menghancurkan banyak keluarga. 

Masih diingati orang ramai, dua dokumentari terbitan CGTN yang disiarkan penghujung tahun lalu telah menimbulkan respons hangat di kalangan masyarakat antarabangsa. Ramai netizen negara lain mengatakan bahawa masakan tindakan pengganas berdarah ini juga hak asasi manusia yang ingin dilindungi oleh kerajaan AS? Namun, beberapa media Barat memilih tidak bersuara terhadap penyiaran tersebut, bahkan ada media sosial membatalkan dolumentari dengan pelbagai alasan. Ini memperlihatkan kemunafikan mereka dan dwistandad yang dilaksanakannya. Menghadapi dokumentari yang baru sekarang ini, adakah mereka terus memilih berlagak tuli dan bisu?

曹捷