“Alim-alim Si Politikus”

2020-06-25 15:03:39  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo sering menggelar dirinya penganut Kristian taat, yang berguru dengan paderi untuk mengaji kitab Bible setiap minggu.

Dalam rangka lawatan ke Mesir baru-baru ini, Pompeo dalam ucapannya mengatakan kitab itu sentiasa ada di meja pejabat untuk mengingatkan dirinya terhadap “Tuhan, ajaran Tuhan dan kebenaran”.

Seorang penganut Krisitan yang sentiasa ingat akan Tuhan, sudah pasti akan mematuhi ajaran Tuhan dan menjaga kesucian moral dengan menjauhi kata-kata bohong apalagi perbuatan keji menabur fitnah.

Namun, sejak tercetusnya pandemik COVID-19, sesetengah politikus di Washington hanya menjaga periuk nasi sendiri, hinggakan sanggup mengabaikan kesihatan dan nyawa rakyat demi sokongan pengundi. Satu demi satu kesilapan dibuat, mengakibatkan wabak menular tidak terkawal di dalam negeri. Pompeo bagaimanapun tidak mencermin semula kesilapan dirinya, sebaliknya berdegar-degar menyebarkan berita palsu mengenai China untuk mengalihkan perhatian dunia dan mengelak daripada tanggungjawab sendiri.

Sungguh tidak diduga, beginilah ujaran dan kelakuan seorang Kristian yang kononnya penyayang.

徐国玮