Pompeo Rosakkan Reputasi AS

2020-06-25 15:11:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_5ef2cc24a310a85979126e0e

Mike Pompeo sekali lagi menjadi sasaran celaan media Amerika Syarikat (AS), apabila The New York Times mengatakan setiausaha negara itu merosakkan reputasi jabatan negara yang dibina melalui bakti dan pengorbanan berabad-abad lamanya.

Berdepan dua krisis dalam negeri iaitu penularan wabak COVID-19 dan protes yang menjadi-jadi, prestasi diplomat kanan itu sekali lagi meletakkan sistem diplomatik AS dalam keadaan serba salah.

Terbaharu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) meluluskan resolusi yang membenarkan Pesuruhjaya Tinggi Michelle Bachelet mengetuai siasatan mengenai masalah rasisme yang berakar umbi dalam kalangan penguat kuasa undang-undang pelbagai negara.

Walaupun resolusi berkenaan tidak secara langsung menyebut tentang masalah rasisme dan keganasan polis di AS, namun Pompeo tetap mengutuk resolusi itu sebagai bersifat “hipokrit”. Malahan, dia turut mempergunakan perdebatan berkisarkan tragedi warga kulit hitam, George Floyd yang mati ketika ditahan polis sebagai “simbol kekuatan dan kematangan demokrasi di AS”.

Sudah jemu masyarakat antarabangsa melihat kelakuan Pompeo yang tidak henti-henti menuding jari kepada negara lain. Selain cubaan mengelabui mata khalayak daripada pelbagai krisis sosial dan politik dalam negeri, setiausaha negara itu juga cukup gemar memburuk-burukkan China hinggakan perbuatan itu dianggap oleh media sebagai kerja utamanya.

Umum mengetahui tindak-tanduk Pompeo sama ada di dalam mahupun luar negara bukanlah tindakan semberono atau jahil, sebaliknya suatu spekulasi politik dan percaturan terdesak yang dilakukan demi keuntungan sendiri khususnya bagi menunjukkan “taat setia” kepada pemimpin AS, biarpun kepentingan negara yang menjadi korban.

Gara-gara sikap mementingkan diri inilah, Pompeo bukan sahaja membazirkan masa yang sepatutnya dimanfaatkan untuk membendung wabak, malah menambah lagi “defisit” moral AS.

徐国玮