Politikus AS Digesa Kembalik Rasional

2020-06-27 15:35:34  CRI
Share with:

Dari perkataan “kung flu” yang penuh diskriminasi kaum yang disebut pemimpin Amerika Syarikat (AS) ketika berkempen, hingga fitnah oleh Setiauasaha Perdagangan White House, Peter Navarro yang mendakwa virus COVID-19 adalah “buatan China”, politikus AS kini telah melancarkan tindakan mengambinghitamkan China pusingan baharu. Namun, tindakan tersebut tidak dapat menyelamatkan nyawa rakayt daripada penularan pandemik yang semakin serius di negara itu.

Akhbar Washington Post baru-baru ini berkali-kali menerbitkan usalan, mengkritik kerajaan AS melibatgandakan tindakan mengambinghitamkan China ke satu tahap lebih tinggi demi mendapat sokongan pengundi.

Orang awam telah mendapati bahawa politikus AS tidak mempedulikan amaran pakar kesihatan dan memulihkan kegiatan pengeluaran terlalu awal. Kesan negatifnya boleh dinampakkan. Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Robert Redfield membuat jangkaan Jumaat lalu bahawa jumlah sebenar jangkitan COVID-19  di seluruh AS mungkin 10 kali ganda dariapda jumlah yang disahkan sekarang, iaitu mencecah 25 juta orang.

Bekas pegawai Jabatan Keselamatan Tanah Air AS, Juliette Kayyem menyatakan, masalah teras wabak di AS adalah kelambatan White House yang sepatutnya bertindak menangani wabak seawal Januari.  Katanya, semua masalah berpunca daripada kecuaian White House.

Ketika politkus AS menumpu perhatian terhadap kempen pilihan raya, lebih banyak nyawa di negara itu diragut pandemik. Satu-sastunya pendekatan bagi kerajaan AS adalah berfikir rasional, menghormati sains dan membendung penularan wabak dengan aktif.

胡星