PKC Lakar Kecemerlangan dalam 99 Tahun

2020-07-01 17:50:46  CRI
Share with:

Parti Komunis China (PKC) menyambut ulang tahun ke-99 pada hari ini.

Sebagai parti politik terbesar di dunia dengan jumlah anggota yang melebihi 91 juta, PKC telah melakar begitu banyak kecemerlangan.

Sepertimana yang ditegaskan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping, sejak ditubuhkan, PKC sentiasa berpegang teguh pada misi asalnya iaitu memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

Dengan berpandukan prinsip berbakti untuk rakyat dan bergantung pada rakyat, PKC berjaya memimpin rakyat ke arah kemerdekaan bangsa, dan memartabatkan China sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia.

Konsep mendahulukan rakyat kini ternyata dilihat dalam usaha melawan wabak COVID-19 di China. Tanpa mengira betapa besarnya kesulitan yang dihadapi, setiap nyawa yang diancam COVID-19 diselamatkan dengan sedaya upaya, daripada bayi yang baru dilahirkan 30 jam hinggalah warga emas yang berusia lebih 100 tahun.

PKC juga berjuang demi masa depan manusia dengan menyediakan banyak peluang kepada dunia.

Gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan anjuran China telah termaktub dalam resolusi PBB, sedangkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diiktiraf umum sebagai produk awam yang terbesar.

Dengan perspektif menyelaraskan pembangunan sendiri dengan dunia, PKC menunjukkan sikap yang bertanggungjawab terhadap masa depan umat manusia. 

张哲