Pompeo, “Fosil Perang Dingin”

2020-07-02 13:41:17  CRI
Share with:

Lebih dua dekad telah berlalu sejak berakhirnya Perang Dingin, namun mentaliti zaman itu tetap hidup dalam kalangan sesetengah politikus Washington hingga kini.

Mike Pompeo, setiausaha negara AS yang semasa, memang wajar digelar “fosil hidup dari zaman Perang Dingin”.

Daripada ucapannya pada acara sidang kemuncak demokratik di Copanhagen pada 19 Jun hinggalah ujaran di hadapan forum Yayasan Marshall Jerman (GMF) di Brussels pada 25 Jun, begitu kuat terasa mentaliti Perang Dingin.

Pompeo dalam kenyataannya ketika itu sekali lagi memutarbelitkan kebenaran, menyelar kerajaan dan sistem pentadbiran China dengan menggambarkannya sebagai pemerintahan diktator totalitarian.

Apabila COVID-19 pula menjadi bicara, dia menuduh China berdusta dan tidak telus berhubung isu wabak, dan membiarkan pandemik itu merebak ke seluruh pelosok dunia.

Pada hakikatnya yang berbohong tentang wabak itu AS sendiri, selain berkelakuan seperti burung unta menanam kepala di dalam pasir untuk mengelakkan permasalahan di depan mata dan bersikap negatif terhadap perjuangan menewaskan wabak.

Melihat kepada kata-kata Pompeo, jelaslah bahawa AS mahu membahagikan dunia kepada dua. Di satu belah China yang dikatakannya “dunia autokratik” dan sebelah lagi AS, kononnya “dunia bebas”, kemudian Eropah diminta memilih hendak memihak ke mana. Cubaan ini pernah dilakukan AS ketika bertelagah dengan Kesatuan Soviet dahulu, namun manakan mungkin muslihat sama dapat berhasil kerana China bukanlah Kesatuan Soviet.

 

周乔西