Tiba Masa Tukar Persepsi

2020-07-05 14:05:48  CRI
Share with:

Pada 26 Jun, lebih sepuluh anggota badan perisikan Australia menyerbu masuk ke rumah Shaoquett Moselmane kononnya untuk mencari bukti ahli parlimen  dari New South Wales itu mempunyai hubungan sulit dengan China. 

Moselmane ditimpa “penindasan politik” hanya kerana bersikap muhibah dengan China, dan pernah menulis artikel yang memberikan penghargaan terhadap usaha China dalam melawan wabak COVID-19.

Tindakan serupa juga diambil pihak polis Australia terhadap wartawan China yang bertugas di sana akhir-akhir ini. 

Kejadian berkenaan padahal sebahagian sahaja daripada siri tindakan keji yang diambil kumpulan anti-China di Australia. Daripada memburuk-burukkan usaha China melawan wabak, hinggalah mendakwa China meresapkan pengaruh, sungguh asyik segelintir politikus Australia melakukan tindakan yang tidak masuk akal.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh APAC NEWS, sebuah laman sesawang berita bebas Australia baru-baru ini, Institut Dasar Strategik Australia (ASPI) yang melabelkan dirinya sebagai organisasi bebas, sebenarnya banyak memperoleh dana daripada Kementerian Pertahanan Australia serta kerajaan AS dan Britain. ASPI antara yang sering menghebohkan-hebohkan “teori ancaman China”.

Sepertimana yang disebut ramai penganalisis, perbuatan politikus Australia bagaikan bayang-bayang AS yang berniat mengekang pembangunan China. Sejak Perjanjian Keselamatan Pasifik Australia, New Zealand dan AS (ANZUS) ditandatangani pada September 1951, Australia sentiasa memandang hubungan sekutu dengan AS sebagai asas pertahanan negaranya. 

Proses pengindustrian dan urbanisasi yang pesat di China pada beberapa dekad lalu turut menyediakan pasaran yang amat besar untuk produk Australia seperti hasil lombong, sumber tenaga dan produk penternakan. Pada tahun 2019, China tetap merupakan rakan dagang paling besar dan juga pasaran eksport paling besar bagi Australia. 

Berdegil mengikut telunjuk AS untuk mengekang China, dan pada masa yang sama juga mahu mengambil peluang daripada pembangunan China, persepsi sebegini jelasnya bertentangan sesama sendiri. 

Politikus Australia digesa menghentikan perbuatan yang hanya mengambil hati Washington, di samping mengubah suai dasar terhadap China dengan munasabah, kerana inilah baru kondusif demi kepentingan rakyat sendiri.



 

张哲