China, Filipina Sedia Jaga Kestabilan Laut China Selatan

2020-07-15 14:54:20  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan telesidang dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Teodoro Locsin Jr. semalam.

Wang Yi berkata, China dan Filipina perlu memandang ke masa depan dan bukannya berundur ke belakang ketika menangani isu maritim.

Berkat usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, situasi di Laut China Selatan kekal stabil pada keseluruhannya. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) yang dimotivasikan keperluan geopolitiknya terus membuat huru-hara di rantau ini, hinggakan menghantar kapal perang dan pesawat paling canggih untuk menunjuk-nunjuk kekuatannya dan menggalakkan penenteraan Laut China Selatan. Negara-negara serantau perlulah berwaspada akan trend berbahaya ini.

Wang Yi menegaskan, China akan terus bersama-sama negara-negara yang terlibat termasuk Filipina untuk menangani isu maritim melalui dialog dan muafakat. Di samping mentaati Deklarasi Tata Laku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), negara-negara berkenaan perlu secepat mungkin memuktamadkan Kod Tata Laku (CoC) demi memelihara kedamaian dan kestabilan di rantau ini.

Locsin pula berkata, perselisihan maritim bukanlah seluruhnya hubungan antara Filipina dengan China, dan tidak patut menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara. Pihaknya bersedia menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui muafaat, giat mendorong kerjasama maritim dan bersama-sama menjaga ketenteraman di Laut China Selatan.

徐国玮