Siapa Sebenarnya “Ancaman”?

2020-07-17 13:32:13  CRI
Share with:

Penasihat keselamatan negara Rumah Putih, Robert C. O’Brien mendakwa parti pemerintah China ialah “ancaman yang besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya”, mengulang lagi sentimen yang sebelum ini disuarakan Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan penasihat perdagangan, Peter Navarro.

Pemikiran seumpama, yang penuh prejudis dan paranoia, hanyalah sebahagian sandiwara arahan pembuat keputusan di Rumah Putih yang tujuannya semata-sama untuk mempertanggungjawabkan China atas kegagalan pihak mereka sendiri.Politikus AS sentiasa menggambarkan China dengan perkataan "ancaman" atau "cabaran". Sebenarnya mereka menggangap hanya AS tuan seluruh dunia, dan tidak mahu menerima perubahan situasi dunia apalagi kemajuan yang dicapai China.Kenyataan O’Brien menunjukkan sikap sesetengah politikus AS yang menganggap pembangunan China bergantung pada pembukaan pasaran AS secara sepihak terhadap China, serta rasa tidak puas hati melihat negara ini tidak berkembang ke arah yang diingini mereka. Mengenang kembali interaksi dan kerjasama antara kedua-dua negara, produk buatan China memberikan manfaat kepada kehidupan orang awam di AS, sementara pasaran China yang amat luas menyediakan peluang kepada perusahaan AS. Dakwaan bahawa AS dirundung kerugian hanyalah pembohongan yang direka-reka politikusnya.

Tidak pernah menjadi niat China untuk mencabar atau menggantikan AS, dan pembangunan negara ini adalah demi kesejahteraan rakyat sendiri. China sentiasa menyarankan supaya perbezaan pendapat antara kedua-dua negara dikendalikan melalui dialog yang membina. Kini, hubungan China-AS berdepan tempoh paling sukar sejak ikatan diplomatik dijalin. Bekas Setiausaha Negara AS, Henry Kissinger pernah menyatakan tiada pemenang dalam konflik antara dua gergasi ini. Jika tidak dirungkai, terdapat kemungkinan berlakunya suatu senario yang lebih buruk daripada dua perang dunia yang memusnahkan tamadun Eropah.

Hanya dengan menyusun dasar yang lebih rasional dan pragmatik berkaitan China, barulah politikus AS dapat membawa negara mereka keluar daripada kebuntuan semasa dan menjana pembangunan baharu.

覃淼