FTA Mampu Rancak Lagi Dagangan China-Kemboja

2020-07-22 11:46:31  CRI
Share with:

 

Perjanjian perdagangan bebas (FTA) China-Kemboja akan menyuntik tenaga baharu kepada usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama negara, sekali gus menyumbang kepada pembentukan ekonomi dunia yang terbuka.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berujar demikian dalam sesi taklimat semalam, berikutan tamatnya rundingan dua hala berhubung perjanjian tersebut.

Wang berkata, rakyat dua negara akan menyaksikan lebih banyak manfaat dan peluang daripada kegiatan perdagangan dan pelaburan yang akan bertambah rancak. China dan Kemboja sependirian dalam mendukung perdagangan bebas dan multilateralisme.

Beliau yakin perjanjian itu akan membantu pihak berkenaan menjayakan projek-projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, selain kondusif kepada kestabilan rantai bekalan dan pemulihan ekonomi serantau.

Terdahulu, China dan Kemboja bersama-sama mengumumkan selesainya rundingan perjanjian perdagangan bebas melibatkan dagangan kargo dan perkhidmatan, kerjasama dalam pelaburan, teknologi dan ekonomi serta e-niaga.

董筱娉