Larang TikTok, AS Sendiri Rugi

2020-08-05 15:30:02  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) sendirilah yang akan menganggung rugi gara-gara cubaan presidennya, Donald Trump untuk melarang penggunaan aplikasi media sosial TikTok melalui kaedah administratif.

Kelmarin Trump mengugut bahawa TikTok akan ditutup sekiranya tidak dijual kepada syarikat domestik sebelum tarikh akhir 15 September, malah mensyaratkan supaya 'komisen' dibayar kepada Jabatan Perbendaharaan bagi transaksi jual beli itu.

Bukan dalam sehari dua ini sahaja Washington sudah memperhatikan TikTok, namun sehingga kini gagal menemukan sebarang bukti untuk membolehkannya mengambil tindakan. Kali ini, 'keselamatan negara' dijadikan alasan, sama sahaja seperti yang dilakukannya terhadap syarikat China yang lain sebelum ini. Media Barat melihat alasan tersebut sebagai satu dalih untuk menyekat seluruhnya syarikat teknologi tinggi China, malah melancarkan satu 'perang sains dan teknologi' dengan negara ini.

TikTik, aplikasi yang jumlah penggunanya sekitar satu bilion, cukup popular di dunia Barat. Bagi sebuah syarikat seperti ini, sudah pastilah keselamatan data diberi perhatian. Walaupun syarikat induknya dari China, namun aplikasi tersebut dibangunkan secara berdikari dari pasaran China dan direka untuk memenuhi permintaan pengguna di seberang laut. Dakwaan politikus AS yang menyifatkan aplikasi tersebut sebagai 'alat risikan' hanyalah satu manipulasi politik.

Satu lagi sebab yang membuat AS hendak melarang penggunaan TikTok, aplikasi itu telah memusnahkan monopoli gergasi Internet tempatan dengan menarik minat sejumlah besar pengguna di dunia Barat. Walau bagaimanapun, langkah Washington sebenarnya merugikan kepentingan negara sendiri. TikTok menggaji lebih 1,500 pekerja warga tempatan di AS, dan merancang untuk menawarkan lebih 10,000 lagi peluang pekerjaan dalam masa tiga tahun akan datang. Tindakan keras terhadap syarikat China menunjukkan politikus AS sudah hilang akal, dan bukannya mahu 'menghidupkan semula ekonomi' seperti yang kerap kali didakwa.

Larangan tersebut juga tidak dapat menyelesaikan masalah AS sendiri, malah menjejaskan lagi kepentingan rakyatnya yang sedang bergelut dengan pandemik COVID-19. Langkah Washington akan menjadikan AS terpulau dari dunia. 

徐国玮