Kerjasama Dua Hala Antara China dan Malaysia Memperlihatkan Keutuhannya

2020-08-06 17:03:40  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_138867663_15839438810621n

Kerjasama dua hala antara China dan Malaysia memperlihatkan keutuhannya hari ini.

Menteri Luar masing-masing iaitu Wangi Yi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berhubung menerusi panggilan telefon telah menegaskan kerjasama bilateral yang akan tertumpu kepada penyelidikan, pengeluaran dan penggunaan vaksin COVID-19.

Sebenarnya, penting untuk kita fahami kerjasama dan komitmen bersama ini sangat penting tatkala kita menghadapi wabak yang disifatkan sebagai krisis paling serius dalam seratus tahun ini.

Kenapa saya katakan begitu? Kita ambil Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh. Walaupun situasi sedang meruncing mereka tetap berdegil untuk tidak mahu bersatu padu dengan dunia bagi melawan COVID-19.

Bukan sahaja ego, malah mutakhir ini bertindak seperti membakar jambatan persahabatan apabila terus mencari gaduh dengan negara-negara lain dalam pelbagai isu.

Salah satunya termasuklah isu di Laut China Selatan (LCS).

Menurut Datuk Seri Hishammuddin, isu LCS bukan hanya pertikaian dengan China, tetapi juga pertikaian dengan Filipina, Vietnam dan Brunei.

Bagaimanapun, seperti yang dititikberatkan oleh Malaysia kata Datuk Seri Hishammuddin tadi adalah kedamaian, kestabilan dan kebebasan perdagangan di rantau ini.

Dan, pendirian tersebut sama juga dengan pendirian China.

Cuba kita kenang kembali, meskipun ada pertikaian antara negara-negara serantau, adakah kedamaian, kestabilan dan kebebasan perdagangan menjadi kebimbangan pelbagai negara dalam sepuluh tahun yang lalu?

Sudah tentu tidak. Jika kita perhalusi, kacau bilau yang ada ketika ini adalah setelah AS membuat “kemunculan semula” ke Asia Pasifik.

Lihat sahaja hubungan kita dahulu. Bukan sahaja aman damai, malah kita berjaya melaksanakan FTA dan pembangunan perdagangan China-ASEAN yang pesat dan disifatkan sebagai “Dekad Emas”.

Malang sekali, semuanya terhenti setelah armada AS muncul lagi di LCS. Yang menjadi tanda tanya, apa perlunya AS sehingga sanggup berlayar beribu batu hingga ke LCS? Adakah mereka gunakan kad “kebebasan pelayaran”?

Campur tangan AS ini juga telah menganggu-gugat kejayaan yang sepatutnya kita kecapi. Misalnya, kita menuju ke arah “Dekad Intan” dalam tempoh sepuluh tahun ini dan ia memerlukan kesepakatan semua negara iaitu China-ASEAN.

Malaysia sebagai negara anggota, berjaya memperlihatkan kewibaan dalam mengawal dasar diplomatik dan mampu mengekalkan hubungan baik dengan China.

Ia secara tidak langsung menjadikan eksport Malaysia ke China berada pada trend meningkat meskipun menghadapi wabak teruk dan kuarantin ketat pada setengah tahun pertama ini.

Tapi, bagaimana dengan nasib beberapa negara anggota lain yang telah ditipu dan bersedia digunakan oleh AS sebagai pisau menyerangi China?

Pastinya hubungan telah terjejas teruk. Kini, Filipina telah menyedari ini tidak membawa apa jua faedah kepada negara itu dan kembali ke landasan kerjasama dengan China. Namun, nampaknya masih ada negara ASEAN yang bersedia menjadi boneka AS.

Presiden China Xi Jinping pernah menyatakan bahawa Laut Pasifik cukup besar bagi China dan AS.

Ketika China membangunkan hubungan dengan negara-negara ASEAN, tiada sebarang tuntutan yang dibuat termasuk mentutup pangkalan tentera AS atau menghentikan perdagangan dengan AS.

Ini sangat jelas yang China tidak mahu ASEAN berada di dalam posisi tersepit iaitu perlu membuat pilihan.

Tapi, kini kelihatan AS bukan sahaja menggunakan pengaruh, bahkan mengancam negara lain (juga negara sekutunya) untuk melarang Huawei, Tiktok dan pelbagai perkara yang tidak masuk akal.

Pernahkah kita terfikir, apa akan jadi sekiranya tekanan yang sama dikenakan kepada negara-negara ASEAN? Dan apakah pilihan ASEAN ketika itu?

Saya “salute” Datuk Seri Hishammuddin yang sangat memikirkan tentang masa depan apabila berulang kali menyeru terhadap perpaduan ASEAN bagi menghadapi tekanan dari kuara besar.

Syabas!

张弘