Kawalan COVID-19, Sikap Rakyat AS Berbeza

2020-08-09 15:48:58  CRI
Share with:
Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) menghampiri lima juta dan AS menjadi negara yang mengalami wabak paling serius di dunia. Walau bagaimanapun, sikap rakyat AS berkaitan kawalan wabak sama sekali berlainan.
Bermula pada 7 Ogos, beribu-ribu pemandu motosikal membanjiri Sturgis, sebuah kota kecil di negeri Dakota Selatan untuk menyertai perhimpunan motosikal yang diadakan setahun sekali. Aktiviti yang berlangsung selama 10 hari itu dijangka menarik kedatangan kira-kira 250 ribu orang dan menjadi perhimpunan yang disertai paling banyak orang sejak wabak COVID-19 tercetus di AS.
Pada awal bulan ini, sekumpulan guru dari Iowa menyampaikan obituari sendiri kepada gabenor negeri itu. Mereka ingin mengingatkan pihak berkuasa supaya memikirkan pemulihan persekolahan dengan teliti. Seorang guru bernama Sarah Backstrom memberitahu bahawa beliau buat kali pertama berasa takut untuk kembali ke bilik kuliah.
Perhimpunan motosikal dan guru yang menentang pemulihan persekolahan memperlihatkan dua sikap yang berbeza warga AS pada masa sekarang.
Menurut laporan The Washington Post, ramai rakyat AS berpendapat bahaw penyakit berjangkit itu digembar-gemburkan oleh ahli sains dan media. Mereka enggan untuk menerima pengetahuan sains malah menganggap pembohongan pakar ialah sebahagian agenda politik.
Ahli sejarah AS, James Grossman berkata, "perpecahan" yang dibuat oleh kerajaan sekarang terhadap negara ini nescaya akan dicatat dalam buku sejarah.
徐国玮