Adakah Sekatan Mampu Selesaikan Masalah?

2020-08-10 15:17:39  CRI
Share with:

Adakah Sekatan Mampu Selesaikan Masalah?_fororder_6486a91agy1ghlfbun6kij20u00k0qto

Tatkala Amerika Syarikat (AS) mengambil pelbagai langkah ‘menghalau’ syarikat China dari negara itu, pasaran China pula dilihat banyak membantu syarikat-syarikat AS.

Ia termasuk dengan menawarkan model pemulihan, penstabilan dan pertumbuhan urus niaga mereka khususnya pada suku kedua tahun ini, yang sekali gus menjadi penyelamat kepada syarikat AS pada waktu sukar di pasaran global ekoran COVID-19 ketika ini.

https://www.wsj.com/…/china-becomes-a-refuge-for-u-s-compan…

Jika diikutkan, China boleh sahaja melakukan perkara yang sama. Tit for Tat. Tapi, sebagai negara yang matang dan berdikari, China melihat ia bukan pilihan yang bijaksana..

Berbeza dengan Donald Trump, setelah beliau menyekat Huawei dan TikTok, beliau turut mengeluarkan perintah eksekutif untuk melarang semua urus niaga dengan WeChat, aplikasi IM yang paling popular di China.

Jika diperhalusi laporan WSJ yang saya lampirkan tadi, kilang Tesla di AS masih tutup ekoran wabak COVID-19, tapi syarikat tersebut masih mampu mencatat keuntungan sebanyak USD104 juta pada suku kedua tahun ini berikutan impak jualan yang merangsangkan di pasaran China.

Bukan itu sahaja. Keuntungan Apple di China sebagai contoh bertambah sebanyak 2%, manakala jualan Lululemon di China pula meningkat lebih 20% pada beberapa minggu ini.

Jenama SKECHERS, yang mengalami kemerosotan global sebanyak 42% pada suku kedua tahun ini, sebaliknya meningkat penjualannya di pasaran China sebanyak 11.5%.

Faedah ini juga bukan hanya dinikmati oleh syarikat AS, malah para pesaing turut mendapat laba berikutan pasaran China yang kini sudah pun stabil.

Jenama elit, KERING mengumumkan bahawa jualan brand barangan mewah milik kumpulan itu menurun 43% pada suku kedua tahun, namun tidak di China apabila ia mengalami peningkatan lebih 40%.

Jadi, ramai yang bertanya, kenapa China tidak ambil tindakan balas? Mengapa tidak melarang iPhone misalnya?

Memang betul, perintah eksekutif senang nak dilakukan. Tapi persoalannya, adakah mampu membantu untuk menyelesaikan sebarang masalah? Pastinya tidak. Tambahan pula kita sedang dihimpit situasi wabak dan kemelesetan ekonomi global. Sudah tentu ia bukan jalan penyelesaiannya.

Ambil contoh, perintah eksekutif Trump yang akan berkuatkuasa 45 hari lagi nanti juga bermakna pengguna iPhone akan turut dilarang memuat turun aplikasi Wechat.

Untuk rekod, pengguna aktif WeChat di China mencatat 1.2 bilion.

Bagi kami, WeChat bukan saja aplikasi IM sahaja, malah kami menggunakannya untuk membaca berita, membayar dalam e-niaga dan juga membeli belah dalam pasar raya, naik pengangkutan awam bahkan meminjam wang untuk perusahaan kecil dan sederhana.

Berdasarkan soal selidik, jika iPhone yang dijual di China tidak boleh mengguna WeChat lagi, lebih 90% pengguna akan memilih tukar telefon pintar mereka.

Pengguna WeChat di AS kebanyakannya perantau China atau mahasiswa China yang melanjutkan pelajaran di sana. Tapi, pengguna iPhone di China adalah lebih 20% daripada dunia. Justeru, siapa yang akan mengalami kerugian?

Qualcomm juga dilaporkan sedang berusaha menyeru kerajaan AS membatalkan larangan bekalan cip kepada Huawei, kerana ini menyebabkan mereka hilang kira-kira USD8 bilion kepada pesaingnya.

Perlukah China mengeluarkan larangan lagi?

Bagaimanapun, pelbagai larangan atas syarikat China turut mengingatkan syarikat China supaya berusaha lebih berdikari dan ia bukan hanya dari bidang pengajian teknologi tinggi, tapi juga kemampuan pengeluaran dalam bidang teknologi canggih.

Ambil telefon pintar Huawei sebagai contoh. Cipnya diproseskan oleh beberapa kilang terbesar di dunia termasuk TSMC. Tapi dengan larangan AS, syarikat-syarikat tersebut tidak boleh menyediakan cip lagi kepada Huawei.
Lanjutan itu, Huawei sedang merekrut pakar untuk membina kilang cip sendiri dan ini sememangnya bukanlah usaha yang mudah diwujudkan.

Berdasarkan laporan media di China, beberapa lulusan universiti baru direkrut oleh program belia berbakat Huawei dengan insentif RMB1.2 juta setahun.

Selain itu, terdapat juga beberapa pelajar unggul dalam peperiksaan kebangsaan China pada tahun ini telah memohon memasuki jurusan kejuruteraan elektronik universiti terkenal di China setelah mengambil iktibar dan mendapat semangat daripada sekatan AS terhadap Huawei.

Lebih 8 juta lulusan pendidikan tinggi setiap tahun menjadi khazanah bagi China bagi menghadapi apa jua cabaran.

China bersedia bekerjasama dengan pelbagai negara bagi memainkan peranan masing-masing dalam rantaian industri, sebab ini menjimat kos dan waktu, selain saling menguntungkan.

Tapi nampaknya, negara-negara Barat hanya mahu China mengeluarkan barangan keperluan harian yang murah sahaja bagi memenuhi keperluan mereka.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama China dikenakan sekatan teknologi tinggi oleh Barat, malah sudah puluhan tahun lamanya. Meskipun begitu, China tetap berjaya dalam penerokaan satu demi satu dengan berdikari. Misalnya dalam bidang penerbangan angkasa lepas dan kemudahan ketenteraan.

Lain yang diharap, lain yang jadi. Jelas, sekatan Barat sebenarnya adalah pemangkin kepada kemajuan yang China kecapi ketika ini.

张弘