Kehendak Pompeo Cemar Reputasinya

2020-08-14 13:29:53  CRI
Share with:

 

Wang dan populariti sinonim dengan landskap politik AS dewasa ini, yang dikacau dengan lakonan politik oportunis.

Ini gambaran situasi politik AS sepertimana yang didedahkan Mark Brzezinski, anak lelaki diplomat tersohor negara itu, Zbigniew Brzezinski, ketika ditemu ramah Kumpulan Media China (CMG).

Ujar Mark, pentas politik kini merupakan medan permainan ahli politik oportunis. Setiausaha Negara, Mike Pompeo antara yang terkenal dengan reputasi buruk.

Semenjak menyandang jawatan sebagai diplomat dua tahun lalu, Pompeo menunjukkan sikap berubah-ubah ketika mengendalikan urusan dalam dan luar negeri.

Tatkala AS terjejas teruk akibat COVID-19, dialah yang mencari kambing hitam bagi menutup kelalaian dan ketidakcekapan Washington dalam melawan wabak; apabila tercetusnya protes anti rasisme, dialah yang memekakkan telinga dan membisukan mulut, dengan membiarkan diskriminasi diapi-apikan sentimen perkauman; melihat kemelut ekonomi hingga menimbulkan kemarahan orang ramai, dia jugalah yang memilih mengalihkan perhatian rakyat dan mempersalahkan China.

Dia bertindak secara ikut-ikutan dan ampu-mengampu semasa mengurus perhubungan dengan mereka yang berjawatan tinggi daripadanya. Apabila melihat kepentingan dirinya bakal terjejas, dia langsung membuat percaturan untuk menggagalkan siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa terhadapnya.

Adalah jelas sekali niat dan kehendak Pompeo untuk mengejar kuasa, dan sungguh jauh sehingga dia melupai amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Apa yang lebih membimbangkan kini adalah jikalau strategi AS terhadap China digerakkan menuju ke arah yang salah akibat lakonan politik oportunis, khususnya Pompeo, setiap warga AS tidak akan terlepas daripada menanggung padahnya.

董筱娉