Persalah Institut Confucius, Gambaran Mentaliti Perang Dingin

2020-08-15 14:26:35  CRI
Share with:

Pusat AS Institut Confucius disenaraikan sebagai “misi diplomatik” oleh kerajaan AS baru-baru ini. Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dalam satu kenyataan mendakwa pusat berkenaan merupakan alat propaganda China untuk memperluas pengaruhnya di AS.

Ini ternyata satu lagi cubaan politikus AS untuk memprovokasi konfrontasi ideologi, selain memburuk-burukkan program kerjasama yang normal antara kedua-dua negara.

Institut Confucius yang ditubuhkan pada 16 tahun lalu merupakan institusi pendidikan tanpa untung bagi memenuhi keperluan rakyat pelbagai negara belajar bahasa Mandarin dan memahami budaya China.

Padahal, banyak institusi serupa ditubuhkan negara-negara Barat seperti Jerman, Perancis dan Sepanyol bagi mempromosi bahasa dan kebudayaan masing-masing di dunia, malah dengan masa penubuhan yang lebih awal.

Operasi Institut Confucius adalah telus, terbuka dan sentiasa mematuhi undang-undang. Ia disanjung masyarakat AS atas sumbangannya untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Walau bagaimanapun, Institut Confucius kerap kali dipersalahkan kerajaan AS, sedangkan kepelbagaian budaya tetap dijunjung oleh masyarakat negara itu. Dengan mentaliti Perang Dingin, tidak hairanlah sesetengah politikus AS berdegil memandang pertukaran sosiobudaya dengan China sebagai isu ideologi. Hal ini pastinya akan menjejaskan teruk pertukaran kalangan rakyat antara kedua-dua negara.

张哲