Ekonomi Digital, Inkubator Pekerjaan

2020-08-21 15:06:53  CRI
Share with:

Encik Qiu Jun yang bekerja dengan sebuah platform pesan makanan dalam talian, telah melakukan hampir 40 penghantaran setiap hari sejak dia mula bertugas pada bulan Mac. Selepas wabak COVID-19 tercetus di China, permintaan terhadap perkhidmatan tukang hantar seperti Qiu meningkat ketara di seluruh negara.

Pola pekerjaan berteraskan ekonomi digital inilah yang membolehkan China mengekalkan kestabilan dan keteraturan masyarakat pada masa kritikal itu, sekali gus membuktikan kedinamikan dan kreativiti sektor berkenaan.

Rencana disiarkan saluran CNBC Amerika Syarikat baru-baru ini menyebut bahawa penularan wabak telah mempercepat perkembangan perniagaan dalam talian dan menerusi siaran langsung. Kini, semakin banyak pos pekerjaan di China yang telah didigitalkan.

Pada era pasca wabak, trend ini akan berterusan, dan ekonomi digital sedang menjadi inkubator bagi menyediakan lebih banyak peluang kerja.

Pertama sekali, permintaan terhadap pekerjaan dalam ekonomi digital adalah pelbagai, dan taraf pendidikan yang diperlukan juga seimbang. Rumusan data rekrutmen 1.68 juta pekerja sektor ekonomi digital oleh Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi China menunjukkan 37.8% pos pekerjaan mensyaratkan taraf pendidikan universiti dan ke atas, 28.9% memerlukan pendidikan sekolah menengah atau lebih rendah, dan 19% tidak menetapkan apa-apa syarat berkaitan pendidikan.

Selain itu, gaji yang ditawarkan juga lebih kompetitif. Pada 2018, purata gaji bulanan bagi pekerjaan dalam ekonomi digital mencecah RMB7,057 (RM4,266), 23.9% lebih tinggi daripada pos di syarikat berskala besar.

Ternyata sekali, pembangunan ekonomi digital telah menyumbang kepada kestabilan pasaran pekerjaan China. Pada tahun lepas, sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melambung kepada 67.7%. Skala ekonomi itu dijangka menghampiri USD16 trilion (RM67 trilion) menjelang 2035.

高蕾