MOFCOM: Galak RCEP Dimeterai Ikut Jadual

2020-08-21 13:33:36  CRI
Share with:

Mesyuarat jawatankuasa perunding perdagangan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) diadakan baru-baru ini.

Para peserta mengulang semula konsensus untuk memeterai RCEP pada tahun ini seperti yang dijadualkan dan akan bersungguh-sungguh menyelesaikan segala perkara tertunggak.

Jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) China, Gao Feng menyatakan, kini pelbagai kerja sedang berjalan menurut garis panduan ditetapkan dalam persidangan peringkat menteri pada 23 Jun.

Satu lagi mesyuarat RCEP peringkat menteri bakal diadakan pada minggu depan dengan dipengerusikan Vietnam, negara pengerusi bergilir ASEAN. China akan terus menyokong kedudukan teras ASEAN dan akan bersama-sama semua pihak mendorong pemeteraian perjanjian berkenaan mengikut jadual.

张宪