Alim-alim Kucing Sebenarnya Jual Kepentingan Negara

2020-08-22 15:23:16  CRI
Share with:

Mantan penasihat Rumah Putihyarikat, Steve Bannon ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penipuan dana derma untuk membina tembok sempadan di selatan Amerika Syarikat (AS).

Populis sayap kanan yang dikenali sebagai 'fosil hidup perang dingin' ini bercakap sokongan kepada pemimpin negara dan dasarnya mengenai pembinaan tembok sempadan, namun melakukan penipuan tersebut. Ini telah memperlihatkan wajah sebenar segelintir politikus AS yang anti-China. Walaupun mereka berlakon menunjukkan sikap yang amat keras untuk memelihara keadilan, tetapi hati mereka yang amat kotor. Mereka tidak pernah berhenti mengunggis kepentingan negara dan rakyat untuk memenuhi ambisi dan nafsu sendiri.    

Politikus seperti Bannon yang berpegang teguh pada fikiran 'perang dingin' dan membuat kekacauan di merata tempat, tidak pernah meletakkan kepentingan negara di hati mereka. Sebenarnya mereka melalui pertunjukan anti-China dengan suara sekeras-kerasnya untuk membangkitkan kebencian dan mengaut keuntungan demi mereka sendiri. Sekiranya dasar Washington terhadap China dimanipulasi oleh politikus seperti Bannon ke jalan yang salah, maka apa yang akan menjadi korban ialah kesejahteraan seluruh rakyat AS dan kepentingan negara itu.  

Dalam masa terdekat ini, beberapa pegawai tinggi China mengeluarkan kenyataan yang menekankan bahawa hubungan China dan AS bukan sahaja berkait rapat dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara, malah juga berkaitan dengan kedamaian, kestabilan dan pembangunan dunia. Memelihara dan menstabilkan hubungan kedua-dua negara ini memerlukan kesungguhan China dan juga usaha sehaluan AS. Tegas mereka, China tidak akan membiarkan segelintir politikus AS membawa hubungan bilateral ke dalam keadaan yang amat berbahaya demi kepentingan mereka sendiri. 

曹捷