AS dalam “Mimpi Ngeri” Tak Berhujung

2020-09-01 13:27:04  CRI
Share with:

Pada petang 29 Ogos, lagi protes disertai beribu-ribu penunjuk perasaan berlaku di Kenosha, negeri Wisconsin untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat susulan lelaki kulit hitam, Jacob Blake cedera ditembak polis tempatan.

Sehari sebelumnya, anak sulung Martin Luther King Jr, Martin Luther King III berucap di hadapan perhimpunan memperingati ulang tahun ke-57 pidato terkenal "I Have a Dream" di Washington, terus terang menyatakan AS bukan lagi negara yang diimpikan ayahandanya, sebaliknya berada dalam sebuah “mimpi ngeri” ketika ini.

Hubungan ras bertambah teruk ekoran diskriminasi yang sekian lama berakar umbi, sehingga menyebabkan jenayah kebencian meningkat mendadak dan keretakan masyarakat menjadi semakin buruk pada masa ini. Ternyatalah, kelalaian dan ketidakcekapan pemerintah faktor utama di sebalik isu-isu tersebut.

Politikus AS yang mengangkat-angkat dirinya sebagai “pembela hak asasi manusia” tiada hasrat dan tidak mampu untuk menyelesaikan isu diskriminasi ras yang makin menjadi-jadi di negara itu. Ini bukan sahaja mendedahkan kecacatan dalam sistem dan struktur masyarakatnya, malah menonjolkan hipokrasi “hak asasi manusia yang bercirikan AS”.

周乔西