China, ASEAN Disaran Cari Keperluan Bersama

2020-09-07 11:45:48  CRI
Share with:

Dengan latar belakang impak wabak COVID-19 terhadap ekonomi global tahun ini, China dan ASEAN saling menyokong dan mengintensifkan kerjasama sehingga berjaya mengekalkan pertumbuhan dalam perdagangan dan pelaburan dua hala.

Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Chen Dehai berujar demikian di Xining, provinsi Qinghai semalam sambil menyarankan kedua-dua pihak mencari keperluan bersama dalam pembangunan serantau.

Pada setengah pertama tahun ini, jumlah perdagangan bilateral merekodkan USD297.89 bilion (RM1.24 trilion), manakala pelaburan dua hala merealisasikan pertumbuhan ketara dengan jumlah keseluruhan mencatat USD240 bilion (RM995 bilion).

Chen Dehai berkata, kedua-dua pihak diharap menjunjung Visi Perkongsian Strategik 2030, mengintensifkan sokongan dasar dalam inovasi dan industri hijau, membentuk jaringan kerjasama industri-industri berkaitan ekologi, serta mendorong pembangunan industri baharu berteraskan tenaga bersih, tenaga baharu, bahan baharu, sumber biologi, teknologi maklumat dan ekonomi digital.

高蕾